Oleh: Farhana Fuad
Gambar: TPGimages
Pelakon terkenal antarabangsa Ryan Reynolds dan Blake Lively selamat menimang anak pertama dengan jantina perempuan pada bulan Disember tahun lalu. Sepintas masa setelah Lively mengumumkan kehamilannya di laman web miliknya, Preserve, Lively kerap kelihatan menggayakan fesyen yang juga menjadi inspirasi wanita hamil dengan menampilkan gaya busana karpet merah mahupun kasual yang menonjolkan perkembangan semasa kehamilannya. Pasangan yang sama cantik sama padan ini dikatakan menamakan anak sulung mereka ini, Violet.
Pasangan yang lebih gemarkan privasi ini mengikatkan tali perkahwinan pada bulan September 2012. Lively selamat melahirkan anak pertama di New York, berdekatan kediaman mereka sebelum sambutan tahun baru yang lalu. Ternyata ramai peminat kedua-dua selebriti ini merasa teruja untuk melihat wajah anak perempuan sulung pasangan ini kerana secara personaliti dan rupa paras ibubapa Violet yang terbukti digilai ramai.
Reynolds dikhabarkan sungguh teruja untuk menjadi seorang bapa. Bahkan dia sudah bersedia dari awal dengan rutin terbarunya untuk mengendalikan lampin bayi. Hakikatnya lagi, pasangan romantik ini sudah mula memikirkan untuk perancangan buat anak kedua mereka nanti. Lively juga sungguh gembira untuk melahirkan bayi pertamanya serta tidak sabar untuk hamil kali kedua.
Menurut media antarabangsa, pasangan ini merancang untuk mengembangkan keluarga mereka dan bersetuju untuk mempunyai sebuah keluarga yang besar. Kedua-dua selebriti ini hadir dari berlatar belakangkan keluarga yang besar di mana Reynold mempunyai empat adik-beradik, manakala Lively lima. Ditambah lagi, pasangan ini sungguh menyayangi satu sama lain dan berazam untuk bersama menempuh pahit manis alam rumah tangga dengan penuh bahagia.