Oleh: Farhana Fuad
Gambar: TV3 dan TV9
Debaran Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) kian hangat menuju ke malam kemuncak pada 20 Mac nanti. Kali ini ia dianjurkan dengan lebih meriah dan menyeluruh merangkumi pelbagai platform termasuk media sosial. DFKL tahun ini dibawakan oleh TV3 dan TV9 yang bertujuan untuk menyediakan platform menimba ilmu, merasai pengalaman dan meraikan karyawan tempatan. Malah, ia juga demi mencari lebih ramai generasi baru yang berpengalaman dan berbakat dalam bidang lakonan dan hiburan.
Kali ini, DFKL mengangkat Zul Ariffin dan Nur Fathia sebagai duta utama DFKL 2015. Manakala Nora Danish sebagai duta media sosial. Sempena anugerah DFKL yang bakal tiba tidak lama lagi, DFKL akan menganjurkan bengkel pada 14 dan 15 Mac nanti yang dihadiri penceramah yang berpengalaman lebih dalam dunia lakonan ini. Antaranya termasuklah Datuk Yusof Haslam. Sheila Rusly, Remy Ishak dan ramai lagi. Bengkel DFKL ini akan diadakan di Balai Berita NSTP.
Sesi bengkel ini lebih teruja apabila para penceramah akan berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka sepanjang bergiat dalam industri hiburan tanah air. Ditambah lagi, bengkel tersebut juga akan melangsungkan sesi ujibakat untuk mencari bakat baru dari kategori lelaki, wanita dan kanak-kanak.
KATEGORI | KARYAWAN |
1) Lakonan |
|
2) Pengarahan |
|
3) Animasi
|
|
4) Komedi
|
|
Bukan hanya mengangkat karyawan pelakon dan pembikin filem tempatan, malah DFKL turut menganjurkan pertandingan drama pendek yang terbuka untuk semua rakyat Malaysia bermula 1 November 2014 hingga 8 Februari lalu. Pemenang akan menerima sehingga RM18,000 dalam bentuk wang tunai. Bahkan, yang lebih menarik lagi, drama pendek yang memenangi pertandingan tersebut akan turut berpeluang disiarkan di TV3 dan TV9.
Lebih rancak lagi, DFKL turut melancarkan satu siri jelajah ke Institut Pengajian Tinggi yang terpilih bermula 12 Februari lalu, 24 Februari dan 26 Februari. Anda boleh membuat pembelian tiket untuk sesi bengkel DFKL atau mengundi untuk Malam Anugerah DFKL 2015 melalui laman web www.dfkl.com.my/. Serta, anda boleh layari www.tv3.com.my atau www.tv9.com.my dan laman sosial media milik TV3 atay TV9 untuk lebih informasi dan berita terkini.
Pada malam penganugerahan pula, barisan bintang televisyen akan berkumpul memberi pengiktirafan bagi mereka yang terbaik dalam kategori yang dipertandingkan iaitu Drama Pilihan, Pelakon Lelaki Pilihan, Pelakon Wanita Pilihan, Pengarah Drama Pilihan, dan Penulis Skrip Drama Pilihan.
Antara drama dan karyawan yang bakal bertanding adalah:
Drama |
Pengarah |
Penulis Skrip |
Pelakon |
Cerita Cinta Kita | Azmi Hatta | Zarihah Hassan | Aeril Zafrel dan Wawa Zainal |
Menjinak Ombak | Along Kamaruddin | Azlina Din | Shukri Yahya dan Nur Risteena |
Selamat Pengantin Madu | Noraini Baba | Ibrahim Ilyas | Aiman Hakim dan Fasha Sandha |
Rindu Awak 200% | Aidilfitri Mohamed Yunos | Nieza Zahar | Zul Ariffin dan Ayda Jebat |
Jiwa | Khabir Bhatia & Labu | Fairul Nizam | Remy Ishak, Kamal Adli dan Siti Elizad |
Kristal Maya | Azmi Hatta | Eja Lorena | Shah Jaszle dan Amyra Rosli |
Setitis Kasih Darmia | Jamal Khan | Rozie Rashid | Shaarnaz Ahmad dan Nelydia Senrose |
Cinta Pandang Kedua | Jet Li | Maizura Ideris | Dazrin Kamaruddin dan Izara Aishah |
Menantu 10 Ribu | Lizam Togel | Rosmadewi Mohamed Zain | Fizz Fairuz dan Reen Rahim |
Bedah vs Joyah | Nazir Jamaluddin | MF Kenchana | Bell Ngasri, Jasmin Hamid dan Noorkhiriah |