Oleh: Farhana Fuad
Gambar: INGimage
Setibanya lebaran nanti, pastinya ramai yang ingin tampil segar, berseri dan cantik ketika berhari raya. Bukan hanya dari segi pakaian yang serba indah dan menawan, malah penjagaan rapi dari hujung rambut hingga ke hujung kaki juga perlu diberikan perhatian agar segalanya nampak seimbang. EH! ingin kongsikan idea grooming head to toe menjelang Aidilfitri nanti.
Rambut
Tidak kira jika anda memakai hijab mahupun freehair, rambut semestinya perlukan treatment yang lebih dari biasa sekali sekala. Mungkin dengan lakukan gaya potongan rambut baru, mengemaskini rona rambut atau mungkin lakukan rawatan rambut dan kulit kepala. Jadi, barulah ada keyakinan yang lebih kala menyambut hari raya dengan rambut baru.
Wajah
Pastinya ramai wanita terutamanya ingin tampil cantik, menawan dan jelita berseri ketika di hari raya. Apatah lagi apabila bertemu sanak saudara. Jadi, apa kata berikan belaian manja pada wajah dengan melakukan rawatan wajah di spa demi membersihkan kulit wajah secara menyeluruh dan sekaligus membuang kesan-kesan jerawat atau jeragat di sekitar wajah. Seri wajah itu akan naik dengan lebih semulajadi.
Tubuh
Sesetengah orang, bulan puasalah yang boleh menaikkan berat badan secara mendadak. Mungkin dek kerana selera makan yang menjadi-jadi kala berbuka. Disebabkan itu ada yang sampai tidak muat busana yang ditempah untuk menyambut Syawal. Jadi, apa kata kekal sihat dengan mengambil makanan yang perlu dan tidak berlebihan ketika iftar dan pastikan diri untuk lakukan serba sedikit senaman ketika waktu petang agar tubuh sentiasa dalam keadaan fit. Juga pastikan meminum air secukupnya agar tubuh kekal hidrasi. Mungkin juga lakukan rawatan atau urutan menyeluruh di spa boleh berikan lebih aura dan mood untuk berhari raya nanti.
Kuku tangan & kaki
Usah abaikan penjagaan kebersihan kuku tangan dan kaki kerana sememangnya kita perlu sentiasa seimbangkan antara cantik paras rupa dan kebersihan diri. Mungkin lakukan manicure dan pedicure akan buat diri lebih lengkap dan sempurna kala menjelang lebaran nanti. Tetapi jangan pula menggunakan rona kuku yang menarik tumpuan ramai kerana takut tidak bersesuaian dengan tempat pula nanti.