Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Instagram Momenthisstillmotion
Menghitung hari ke majlis perkahwinannya, Anzalna Nasir berkongsi gambar pra-perkahwinannya bersama pasangan, Mohamad Hanif Mohamad Zaki melalui akaun Instagram miliknya.
Anzalna dan pasangan menjalani sesi penggambaran pra-perkahwinan mereka selama dua hari di Pulau Langkawi beberapa minggu lalu. Dilihat melalui gambar yang dimuat naik oleh pelakon jelita ini, fotografi dan videografi pra-perkahwinan mereka bermula dengan menaiki jet peribadi dan diterbangkan terus ke Langkawi.
Aktres ini menyatakan yang dirinya sangat teruja menanti hari perkahwinannya yang bakal diijab kabulkan pada 21 Februari 2016 nanti. Dua majlis resepsi pula bakal diadakan pada 27 Februari dan 3 April.
Sebelum ini, Anzalna turut menyatakan yang dia menjadikan perkahwinan Kate Middleton dan Prince William sebagai inspirasi untuk hari bahagianya nanti. Selebriti ini memilih konsep perkahwinan ala perkahwinan Diraja British pada resepsi pertama dan tema tradisional pada resepsinya yang kedua pula nanti.
Anzalna turut berterima kasih kepada penaja-penaja yang berbesar hati untuk menaja perkahwinannya nanti. Pelakon wanita popular ini juga akan mengenakan busana Rizalman Ibrahim, Cosry, dan Rizman Ruzaini di hari perkahwinannya nanti.
Semoga segala urusan kedua-dua pasangan ini menuju hari bahagia itu dipermudahkan dan bakal berjalan lancar. EH! kongsikan sedikit gambar pra-perkahwinan Anzalna Nasir dan Mohamad Hanif Mohamad Zaki.
[soliloquy id="93210"]