Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Rotikaya
Ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangannya Hang Nadim, komposer buat lagu yang dinyanyikan oleh Akim ketika di AJL30 yang menjadi juara kali ini. Hang Nadim sebenarnya merupakah nama pena kepada Akim Ahmad sendiri.
Akim membuat pengakuan kepada BH Online yang hakikatnya dirinya gementar dalam menghasilkan lagu kerana secara tidak langsung dia bersaing dengan penghasil lagu-lagu yang sudah cukup lama berkarya di industri muzik tanah air.
Gambar: Instagram Akim Ahmad
“Nama Hang Nadim menarik perhatian saya untuk dijadikan nama pena. Saya harap nama ini memberi tuah. Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada kami. Sebenarnya, saya enggan mendedahkan identiti sebenar Hang Nadim. Tetapi, saya ada menyimpan hasrat menjelaskan kepada umum selepas lagu Potret mara ke peringkat final AJL30. Ini kerana peminat mesti menanti dan mengharapkan karya yang lebih baik selepas kemenangan ini,” katanya kepada portal BH Online.
Akim juga tidak mahu meletakkan harapan menggunung tinggi dalam mendapat juara dalam AJL30 tetapi berkat usaha dan dia layak untuk memenanginya di pentas AJL kali ini.