Oleh: Farhana Fuad
Sumber: All Kpop
Gambar: kbeat.net & kpopstarz.com
Tiffany dari kumpulan k-pop Girl’s Generation dilaporkan menjalinkan hubungan cinta baru-baru ini bersama GRAY, seorang rapper AOMG. Berita ini sudah tersebar luas di industri muzik di sana yang menyatakan pasangan ini kelihatan mempunyai hubungan romantik bersama sejak tiga bulan lalu.
Mereka mula berjumpa ketika bekerjasama untuk sebuah projek tahun lalu, yang mana Tiffany melalui Cha Cha Malone, seorang produser di bawah agensi AOMG ketika melakukan persiapan album solonya.
Ketika proses tersebut, Tiffany dikatakan secara tidak langsung menjadi pasangan kepada GRAY. Dikhabarkan juga yang pasangan selebriti Korea ini menjalinkan hubungan cinta tanpa menyembunyikan sebarang hal percintaannya pabila bersama rakan-rakan.
Dek kerana kedua-dua mereka mempunyai persamaan dari segi kesukaan masing-masing dan mencintai muzik, mereka lebih mudah untuk bersama. Seorang sumber terdekat pasangan ini menyatakan yang sering melihat Tiffany dan GRAY berkongsi idea tentang penghasilan muzik.
“Saya selalu melihat pasangan ini berkongsi idea tentang muzik. Seperti pasangan normal yang lain di usia 20-an, mereka juga menjadikan ramai orang disekelilingnya cemburu melihat kemesraan mereka dalam berpasangan,” kata sumber terdekat GRAY ke portal All Kpop.
Agensi yang mewakili GRAY memberitahu bahawa mereka masih memeriksa kesahihan berita ini dan agensi Tiffany SM Entertainment bagaimanapun menyatakan bahawa kedua artis ini hanyalah kenalan rapat.