Sebelum anda mewarnakan rambut, ketahui dahulu 6 perkara ini.
Rambut berwarna seakan menjadi kewajipan dari segi fesyen dan gaya hebat. Daripada mewarnakan rambut dengan rona rambut merah terang sehinggalah highlight, atau liputan penuh pada seluruh rambut dan juga mungkin sekadar dasar untuk menutup rambut yang beruban.
Terdapat ribuan jenama dan jenis pewarna rambut yang harus dipilih dengan teliti agar tidak merosakkan rambut dalam jangka masa panjang. Jadi, sebelum anda mengambil keputusan untuk mewarnakan rambut, ketahui 6 perkara ini yang anda perlu tahu.
- Pewarna rambut jenis buih adalah baik untuk mereka yang mempunyai kulit kepala sensitif kerana ia tidak akan menitik di muka atau garis rambut.
- Mereka yang mempunyai komposisi rambut tebal dan juga keriting boleh menggunakan pewarna jenis gel atau cecair yang meliputi keseluruhan rambut dengan baik.
- Klorin bisa merosakkan kutikel yang membolehkan mineral air meresap ke dalam rambut lalu mengubah rona rambut. Justeru, lebih baik jauhi kolam renang 2 minggu sebelum dan selepas mewarnakan rambut.
- Dinasihatkan untuk tidak mencuci rambut pada hari anda ingin mewarnakannya bagi memudahkan proses pewarnaan.
- Tiba masa untuk tukar syampu lain kerana rambut berwarna tidak boleh memakai syampu biasa kemungkinan formulanya, iaitu seperti anti kelemumur, bisa menyingkir warna rambut dengan kandungan sulfat dan bahan kimia lain. Pilih syampu yang dirumus khusus untuk rambut berwarna.
- Bersedia dengan apa juga kerosakan rambut. Sama ada anda menggunakan pewarna rambut kekal atau semi kekal, keduanya mengandungi hydrogen peroxide yang mengubah warna pigmen rambut. Amalkan pupur rambut sekali seminggu untuk melembapkan rambut yang kering dan mengembalikan kecantikannya.