Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Instagram kimcyxraffieynasir
Sebelum ini, Akim Ahmad serta ahli kumpulan Akim & The Majistret pernah merancang untuk berangkat ke Kota Mekah pada bulan Jun lalu. Namun, Akim mengambil keputusan untuk membatalkan niatnya itu di saat akhir kerana ingin menyambut hari raya pertama kali bersama isterinya, Stacy Anam.
Akim & The Majistret sepatutnya dijadualkan menunaikan umrah pada 22 Jun lalu tetapi Stacy tidak ikut serta kerana bagi Akim, Stacy masih lagi baru memeluk Islam dan banyak lagi yang perlu diriny pelajari. Ini juga merupakan lebaran pertama kali buat Stacy yang baru sahaja memeluk Islam.
“Sepatutnya saya berangkat pada 22 Jun lalu tetapi saya terpaksa batalkan perancangan itu kerana mahu fokus kepada hal perpindahan rumah termasuk mahu bersama Stacy pada raya pertama memandangkan ini kali pertama dia menyambutnya sebagai saudara baharu.
“Kalau dulu saya sekadar beraya, tahun ini saya lebih memahami pengertian Hari Raya itu. Selama ini saya sering memerhatikan Akim dan keluarganya melakukan tradisi itu dan tahun ini buat pertama kalinya sebagai seorang isteri dan memikirkan hal itu sahaja sudah membuatkan saya cukup terharu,” kata Stacy kepada Projek MMO.
Stacy juga turut memaklumkan yang dirinya agak teruja untuk menyambut kehadiran pagi Syawal tidak lama lagi kerana ini merupakan kali pertama dirinya menyambut Aidilfitri apabila bergelar seorang yang baru memeluk Islam.