Oleh : Azliany Mohamad
Gambar : Sumber Google
Jangan ingat selebriti Korea tidak dibenci oleh peminat! Walaupun memiliki ribuan peminat setia atau dipanggil die hard fans, selebriti Korea tetap menerima kecaman atau kebencian peminat mereka.
Anti –fans yang sanggup bertindak di luar batasan hingga ada yang sanggup membahayakan nyawa seleriti itu dan mereka sendiri. Pelbagai ragam dan muslihat yang dilakukan oleh anti-fans untuk meluahkan kebencian mereka.
Antara perkara yang dilakukan oleh mereka adalah jeritan caci maki, meluahkan perkataan yang kurang sopan dan sebagainya bagi memuaskan hati mereka.
Berikut lima senarai selebriti Korea yang pernah berhadapan situasi mengejutkan dengan anti-fans mereka.
1. Hangeng (bekas anggota kumpulan Super Junior)
Bekas anggota Super Junior ini pernah dikejutkan apabila seorang anti – fans melompat ke atas pentas sambil menjerit ke arahnya dan menyuruh dia pulang ke China. Hangeng juga pernah menerima hadiah sebuah bekas kecil yang dipenuhi darah dan pisau tajam yang dicucuk ke atas gambarnya.
2. Taecyeon 2PM
Selebriti ini pernah menerima surat yang bertulis “Kamu tidak akan boleh hidup tanpaku”. Apa yang mengerikan surat tersebut ditulis menggunakan darah haid. Lebih dashyat lagi, peminat tersebut turut memberi pembalut tuala wanita untuk membuktikan keaslian darah tersebut.
3. Yoon Eun Hye
Bekas anggota kumpulan Baby V.O.X dan pelakon Yoon Eun Hye mempunyai ramai anti – fans. Pelakon ini pernah diserang menggunakan pistol air yang diisi kicap dan cuka. Disebabkan oleh inseden tersebut, dia terpaksa dibawa ke hospital kerana cecair tersebut terkena tepat pada matanya sehingga mengakibatkan kornea matanya rosak sementara.
4. Yunho TVXQ
Penyanyi ini pernah terancam nyawanya pada tahun 2006 apabila dia meminum jus dalam botol yang sudah dicampurkan dengan gam yang dihadiahkan oleh anti-fans nya. Disebabkan perkara tersebut, Yunho dikejarkan ke hospital kerana muntah darah.
5. Jay Park
Penyanyi Jay Park pernah menerima ancaman dari anti-fans ketika dia masih menjadi ketua dalam kumpulan 2PM. Anti-fans berjaya menemui status lama milik Jay Park di akaun Myspace yang bertulis “ Korea is gay! I hate Koreans. Kenyataan yang ditulis pada 2005 telah membuatkan 3000 anti-fansnya menandatangi petisyen yang berbunyi “Jaebum should commit suicide”. Jay Park membuat keputusan untuk pulang ke Amerika Syarikat dan keluar dari kumpulan 2PM.