Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Sumber Google
Gambar : www.kpopmusic.com
Ahli kumpulan k-pop Girls Generation, iaitu Tiffany yang membintangi program realiti tv terbitan KBS, Unnie’s Slam Dunk atau Sister’s Slam Dunk secara rasminya dikeluarkan dari program tersebut.
Ia sebenarnya berpunca dari status kontroversinya yang dimuat naik di laman sosial Instagram dan Snapchat baru-baru ini. Tiffany telah memuat naik foto bendera Jepun pada hari Kemerdekaan Korea Selatan. Tindakan Tiffany itu telah membuat ramai peminat dan pengikutnya marah kerana tidak menghormati hari bersejarah negara itu.
Gambar : Sumber Google
Berikutan itu, Tiffany telah disindir oleh pelbagai pihak. Meskipun sudah menyatakan permohonan maaf secara terbuka, dirinya masih lagi menjadi bahan kutukan orang ramai.
https://www.instagram.com/p/BJHpLW1jo6m/
“Hello, saya adalah Tiffany. Saya ingin meminta maaf secara terbuka kepada orang ramai ke atas kesilapan yang saya lakukan pada hari yang sepatutnya satu hari yang bermakna. Saya malu pada diri saya kerana telah mengecewakan ramai orang atas kesalahan saya ini dan saya menerima akibatnya sekarang ini. Bermula dari sekarang, saya akan sentiasa ingat yang mana ramai orang memerhatikan setiap gerak geri dan segala apa yang saya pertuturkan, jadi saya akan bekerja keras untuk menjadi seorang yang berfikiran mendalam dan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi. Sekali lagi, saya meminta maaf kerana telah mengecewakan orang ramai kerana kecuaian saya,” tulis Tiffany di akaun Instagram miliknya.