Oleh : Farhana Fuad
Gambar : TPGimages
Terbaru, Brad Pitt tampil memberi kenyataan kepada PEOPLE berhubung tindakan Angelina Jolie yang memfailkan penceraian pada 15 September lalu.
“Saya sangat bersedih akan apa yang berlaku. Tetapi apa yang paling penting sekarang ini adalah kesejahteraan kehidupan anak-anak kami. Saya meminta media untuk berikan kami sedikit ruang yang kami perlukan ketika waktu sukar sebegini,” kata Brad.
Dalam masa yang sama, Jolie juga mengeluarkan satu kenyatan berkenaan tindakannya itu.
“Keputusan ini diambil demi kebaikan keluarga ini. Jolie tidak akan memberikan sebarang komen buat masa ini dan dia juga meminta untuk diberikan sedikit ruang kepada mereka kala waktu ini,” kata wakil Jolie kepada media.
Menurut dokumen permohonan penceraian mahkamah tersebut, Jolie meminta untuk hak penjagaan anak sepenuhnya untuk keenam-enam anak mereka termasuklah Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, Vivienne dan Knox. Tetapi dalam masa memohon supaya Brad diberikan hak kebenaran untuk melawat mereka.
Sejak berkahwin pada tahun 2014, Brad dan Jolie berjaya memperoleh pendapatan sebanyak US$117.5 juta dan US$555juta jika digabungkan keuntungan masing-masing sejak tahun 2004. Namun, dikatakan bahawa Brad beroleh pendapatan lebih tinggi berbanding Jolie.