1. Kim Kardashian (2021)
Penyamaran yang seperti kita tahu siapakah disebalik topeng bertutup ini. Lihat saja tubuh badan dan jalan lenggoknya, ini lah penampilan Kim Kardashian yang telah menempah tiket sejarah Met Gala. Rekaan oleh Balenciaga serba hitam ini didatangkan dengan baju badan turtleneck lengan panjang dengan barisan kain meleret panjang dibelakang. Namun kostum tersebut membuatkan orang ramai membuat spekulasi jika ia benar-benar disarung oleh bintang realiti disebalik topeng berkenaan, memandangkan semua orang tidak dapat melihat apa-apa, walaupun matanya.