Lockdown buatmu rasa malas hendak bersiap? Betul juga. EH! merasakannya juga kerana semua pasti rasa lesu dan kurang semangat untuk bersiap cantik-cantik dalam tempoh lockdown ini. We all feel that. Tambahan pula, hendak keluar kemana pun tidak boleh. Jadi, apa gunanya pakai cantik-cantik bukan? Melainkan jika keluar sebentar ke lokasi berhampiran untuk beli barang-barang keperluan.
Tetapi tak mengapa, usah jadikan situasi lockdown sebagai penghalang semangatmu untuk tampil bergaya. Tips yang ingin dikongsi EH! kali ini tidak salahnya diguna pakai selepas-selepas fasa lockdown tamat? Ianya cukup relevan pada bila-bila masa. Setahun dua tahun lagi masih boleh diikuti.
Hmm… realitinya dalam tempoh pandemik ini, pakaian rona hitam yang banyak mendominasi almari pakaian kita bukan? Alasannya hendak cepat dan mudah digayakan untuk semua tujuan. Celana hitam selalu menjadi pilihan sehari-hari, dan seringkali berakhir dengan padanan baju bersama tudung bernuansa neutral. Memang benar, selain hitam, helaian nuansa neutral-lah yang menjadi pilihan. Tipikal bukan?
Kami mahu cadangkan untuk semua berjanji pada diri sendiri untuk lebih mengeksplorasi gaya dengan permainan warna. Influencer-influencer Instagram ternyata mula menampilkan inspirasi gaya dengan teknik mix & match berpandukan helaian dan aksesori berwarna. Warna-warna terang kebanyakkan menjadi pilihan mereka. Mewujudkan dimensi fesyen yang lebih segar.
Bagi influencer-influencer Instagram dari luar negara, mix & match helaian berwarna adalah cukup bersesuaian dengan mood dan vibe mereka yang sedang menikmati musim panas sekarang. Angin-angin sepoi melayang saatnya mereka berkot jingga atau sepatu hijau neon. Jadi bukanlah satu perkhabaran baru, pun begitu tetap mencetuskan inspirasi buat kita. Banyak trik gaya yang boleh dirujuk dan pelajari dari mereka.
Sejak akhir-akhir ini pun, influencer-influencer kita pun sudah mula mengeksplorasi permainan warna melalui pemakaian. Gaya #OOTD dari rumah tampak semakin menarik. EH! Menemukan banyak inspirasi mix & match, misalnya celana, kemeja T besar atau sweatshirt berwarna, dan berupaya membuat penampilan jadi lebih stylish. Let’s take a look!