Jika berbual tentang filem seram, James Wan pasti antara nama pertama yang akan disebut oleh peminat filem seluruh dunia.
Sempena kemunculan filem ikonik terbaru; Insidious: Out of the Further yang bakal ditayangkan di pawagam pada Ogos 2026, nama James Wan kembali menjadi perhatian ramai.

Beliau bukan sahaja dikenali sebagai “raja filem seram”, tetapi juga seorang pengarah kelahiran Malaysia yang berjaya mengangkat genre seram ke tahap yang lebih tinggi di mata pengkritik dan penonton antarabangsa!

10 filem terbaik arahan James Wan menurut Rotten Tomatoes:

The Conjuring (2013)
Rotten Tomatoes: 86% (Critics)
Sinopsis: Pasangan paranormal Ed dan Lorraine Warren dipanggil membantu sebuah keluarga yang diganggu entiti jahat di rumah ladang terpencil. Kes ini menjadi antara pengalaman paling menyeramkan dalam kerjaya mereka.

Insidious (2010)
Rotten Tomatoes: 66% (Critics)
Sinopsis: Seorang budak lelaki terjatuh dan dirawat dalam keadaan koma, namun sebenarnya jiwanya terperangkap di alam ghaib yang dipanggil “The Further”.

The Conjuring 2 (2016)
Rotten Tomatoes: 80% (Critics)
Sinopsis: Keluarga Warren kembali berdepan kes paranormal di Enfield, England yang melibatkan gangguan entiti jahat di rumah keluarga Hodgson.

Insidious: Chapter 2 (2013)
Rotten Tomatoes: 38% (Critics)
Sinopsis: Keluarga Lambert cuba merungkai rahsia masa lalu yang menghubungkan mereka dengan dunia roh yang lebih gelap.

Saw (2004)
Rotten Tomatoes: 50% (Critics)
Sinopsis: Dua lelaki terperangkap dalam sebuah bilik dan dipaksa bermain permainan maut oleh pembunuh bersiri misteri dikenali sebagai Jigsaw.

The Nun (2018)
Rotten Tomatoes: 24% (Critics)
Sinopsis: Seorang paderi dan biarawati muda menyiasat kemunculan entiti jahat berbentuk biarawati di sebuah biara di Romania.

Annabelle (2014)
Rotten Tomatoes: 28% (Critics)
Sinopsis: Sebuah anak patung berhantu mula membawa gangguan menyeramkan kepada pasangan suami isteri yang baru berpindah rumah.

Lights Out (2016)
Rotten Tomatoes: 76% (Critics)
Sinopsis: Seorang wanita dan adiknya diganggu oleh entiti misteri yang hanya muncul dalam kegelapan.

Dead Silence (2007)
Rotten Tomatoes: 21% (Critics)
Sinopsis: Seorang lelaki kembali ke kampung halamannya untuk menyiasat kematian isterinya yang berkaitan dengan anak patung ventriloquist berhantu.

Malignant (2021)
Rotten Tomatoes: 76% (Critics)
Sinopsis: Seorang wanita mula mengalami penglihatan pembunuhan, tetapi kemudian menyedari ia berkait dengan masa lalunya yang gelap dan rahsia mengejutkan.
Baca: 10 Filem Terbaik Michelle Yeoh Menurut Rotten Tomatoes
