Kematian Tangmo Nida masih dalam penyiasatan dan enam orang rakannya masih belum ditentukan bersalah kerana kekurangan bukti. Sebelum ini dilaporkan bahawa lima rakannya akan menghadapi pertuduhan kerana kecuaian yang membawa kepada kematian Tangmo dan kerana memberi kenyataan saksi palsu kepada polis.
Namun baru-baru ini bongkar klip video rakaman CCTV di atas bot melihat ada ‘sesuatu’ terjatuh dari bot berkenaan malah ada yang mendakwa itu adalah Tangmo yang ditolak seseorang sehingga terjatuh.