‘The Bachelor’ is going to be soo outdated selepas ada menyaksikan siri yang kami ingin bariskan ini, kerana program televisyen ini punya konsep dan idea unik yang bakal buat anda jadi addicted!
You might have watch some of it, kerana siri-siri ini sudah menjadi bualan ramai juga turut menjadi bahan ‘twit’ selebriti-selebriti Hollywood. Walaupun ada momen-momen yang ‘cringe’, jalan cerita yang penuh drama ini akan buat anda tidak mahu bergerak dari depan televisyen dan ingin terus menyaksikan episod seterusnya. Dalam tempoh #WorkFromHome ini apa kata anda buka Netflix di rumah dan mula stream siri yang kami bariskan ini!
#1 Love Is Blind
What to expect : Cerita cinta yang cute, some ugly breakups
Netflix memang punya idea di luar kotak pemikiran semasa menghasilkan realiti TV ini, who would have thought dating could get any weirder? Rancangan speed dating ini merupakan salah satu realiti tv yang mana mereka menyatukan satu pasangan dalam ‘blind date’ bermaksud mereka ditempatkan di dalam sebuah kapsul dan tidak boleh melihat pasangan secara fizikal, hanya berbual hingga mereka berdua setuju untuk bertunang dan pergi bercuti selama beberapa minggu to connect on a physical level sebelum berkahwin di hadapan rakan dan keluarga. Rancangan ini benar mahu beri makna cinta sebenar biarpun dalam jangka masa yang pendek.
#2 The Circle
What to expect : Putar belit, Catfishes, dan episod akhir yang mengejutkan!
Rancangan ini sudahpun menjadi program realiti TV global dimana ia sebenarnya berasal dari rancangan British dan kini Netflix bercadang untuk melancarkan edisi istimewa Perancis dan Brazil. Apa yang menjadi fenomena tentang program realiti ini adalah setiap satu dari peserta dikuarantinkan di dalam sebuah apartment dan perlu bermain dengan aplikasi sosial ‘The Circle’, dalam aplikasi ini peserta hanya boleh behubung melalui mesej dan mereka boleh memilih identiti lain untuk menjadi pemenang. Ramai yang tidak senang duduk menyaksikan program realiti ini!
#3 Dating Around
What to expect : Exciting blind date & Sweet!
What if you can date 5 peoples and choose the best 1 out of it? Netflix make this reality come true dengan siri yang kami rasa cukup sweet ( but not the rejecting part). Dalam rancangan ini Netflix kumpulkan 5 orang untuk dijadikan blind date, setelah selesai kesemua lima janji temu misteri ini peserta hanya boleh memilih salah seorang darinya untuk meneruskan ke janji temu kedua. Bagi kami this is not a fair game, but who knows? Mungkin selepas menonton kesemua episod anda akan terfikir semula Tinder date anda yang langsung tidak lagi mengirim mesej selepas janji temu.
#4 Too Hot To Handle
What to expect : Too much hotties you can’t handle, terapi diri, full of drama
One of our fav! Terbaru daripada Netflix, rancangan realiti ini membawa anda ke satu vila di pulau yang cukup indah bersama 10 barisan peserta muda ‘hot & sexy’ serata dunia untuk sama-sama bertanding mengekalkan $100,000 hingga ke episod akhir. Istimewanya program realiti ini tidak seperti dating concept show yang sedia ada, peserta diuji apabila mereka tidak boleh melakukan aktiviti seperti bercumbu, bersetubuh juga onani sepanjang program ini dijalankan dan hal tersebut telah menimbulkan pelbagai drama dan konflik sesama mereka.