Hujung minggu lalu, sebuah stesen radio swasta telah mengeluarkan gosip kononnya seorang pelakon wanita yang tiba-tiba senyap dari industri kerana sedang berpantang selepas melahirkan anak. Dia dikatakan berkahwin dengan seorang pelakon lelaki yang sedang popular dengan drama yang disiarkan setiap petang.
Gambar: ultranews.com
Kebetulan drama siri Cinta Jannah di TV3 yang sedang popular sekarang ini mengaitkan peneraju utamanya, Aeril Zafrel yang dikatakan telah berkahwin dengan Wawa Zainal.
“Saya tidak tahu hendak kata apa (ketawa). Itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti yang sahih, jika saya nafi dan komen lebih-lebih orang memang tidak akan berhenti bercakap. Memang saya tidak berkahwin, saya hanya kahwin dalam drama sahaja”, nafi Aeril.
Tambahnya lagi, “Jika saya kahwin, pasti ada bukti kerana pelbagai perkara harus diselesaikan seperti dokumen, bukan boleh berkahwin secara senyap kerana akhirnya orang akan tahu juga,”