Namanya tiba-tiba mendapat perhatian apabila Astro Original Series ‘Projek: High Council’ menjadi fenomena awal tahun ini. Dan beberapa bulan lalu dia diangkat sebagai Artis Lelaki Baru Popular di Anugerah Bintang Popular ABPBH.
Bila dan di mana Amir paling gembira?
Berada di rumah dan meluangkan masa sendirian.
Apakah bakat lain yang Amir ingin miliki?
Mungkin menyanyi atau menari…
Jika kamu boleh mengubah sesuatu tentang diri kamu, apakah ia?
Saya ingin menjadi lebih bijak dalam melakukan semua perkara.
Bagaimana kamu berhadapan dengan kegagalan?
Hadapi dan belajar dari kesilapan.
Bagaimana Amir mengurus stres?
Tidur dan bermain permainan.
Apakah idea Amir tentang kehidupan yang gembira?
Kehidupan yang gembira adalah apabila kita menceriakan kehidupan sendiri dan orang lain.
Apakah memori zaman kanak-kanak paling Amir ingat?
I’m proud to be a nerd back then!
Apakah perkataan atau ayat (phrase) yang kerap Amir sebut dalam sehari?
Jom cuba benda baharu.
Apakah nilai atau ciri penting dalam perhubungan?
Komunikasi yang baik dan kefahaman yang sama.
Bagaimana kamu menunjukkan simpati pada orang yang kamu rapat?
Tunjukkan kasih sayang dan menyokong mereka secara emosi.
Apakah isu masyarakat kita yang paling signifikan ketika ini?
Everyone has to be a chill man. Faham, semua tengah stres dengan kehidupan tetapi cuba pandang ia dengan perspektif yang lebih luas.
Jika sudah tiada nanti, apa yang kamu mahu orang ingat tentang kamu?
Ingin diingati sebagai seorang yang baik, selalu mencuba yang terbaik untuk menjadi diri sendiri.
Konsep & Arahan Seni: Khairul Abidin, Penyelaras: Farah Ain & Eqa Zulkifli, Fotografi: Edmund Lee (One3Four Studio), Videografi: Jackie Mah, Simon, Zakwan, Hazeem & Syafiq, Grooming: Tiar Zainal, Rambut: Cody Chua (menggunakan Schwarzkopf Professional OSiS, Pakaian: LEE
BACA: #EHTOP20 Ismail Izzani