Naim Daniel, jiwanya sarat seni. Bukan sahaja boleh menyanyi dan berlakon, dia juga cemerlang sebagai penulis lagu. Resumenya cemerlang bila mana lagunya ‘Sumpah’ mengungguli pentas muzik berprestij, Anugerah Juara Lagu.
Bila dan di mana kamu paling gembira?
Berada di atas pentas dan menyanyikan lagu di hadapan orang ramai.
Apakah bakat lain yang Naim ingin miliki?
Menari tanpa kelihatan kekok hahaha.
Jika kamu boleh mengubah sesuatu tentang diri kamu, apakah ia?
Mengawal percakapan dalam seharian kerana saya seorang yang suka bercakap tanpa henti.
Bagaimana kamu berhadapan dengan kegagalan?
Hadapi kegagalan seperti ia kawan lama kita sendiri.
Bagaimana Naim mengurus stres?
Saya akan mengurus stres mengikut kadar tinggi dan rendah ia sendiri dan selesaikan ia dengan tenang.
Apakah idea Naim tentang kehidupan yang gembira?
Hidup dengan penuh hati dan hidup untuk keesokan hari.
Apakah memori zaman kanak-kanak paling kamu ingat?
Tolong Mama dan Papa hantar makanan katering untuk kru produksi.
Apakah perkataan atau ayat (phrase) yang kerap Naim sebut dalam sehari?
Benda boleh settled.
Apakah nilai atau ciri penting dalam perhubungan?
Kesabaran.
Bagaimana kamu menunjukkan simpati pada orang yang kamu rapat?
Diorang tak perlu bagitahu pun masalah mereka, sebab saya tetap akan membantu mereka dalam apa jua hal.
Apakah isu masyarakat kita yang paling signifikan ketika ini?
Masalah politik di antara parti pembangkang dan parti kerajaan di Malaysia.
Jika sudah tiada nanti, apa yang kamu Naim orang ingat tentang Naim?
Seseorang yang sentiasa menceriakan hidup mereka satu ketika dulu.
Konsep & Arahan Seni: Khairul Abidin, Penyelaras: Farah Ain & Eqa Zulkifli, Fotografi: Edmund Lee (One3Four Studio), Videografi: Jackie Mah, Simon, Zakwan, Hazeem & Syafiq, Grooming: Sahir Sabri, Rambut: Yusof Ruzaimi (menggunakan Schwarzkopf Professional OSiS, Pakaian: LEE
BACA: #EHTOP20 Sean Lee