Mencuri hati ramai dengan bakat dan personalitinya yang mencuit hati, Sherry Alhadad antara figura seni yang besar kebolehannya, boleh mengacara, hebat berlakon dan pandai pula membut kita ketawa dengan aksinya. Bermula dengan kerja-kerja belakang tabir lebih-lebih lagi bagi pementasan teater, secara perlahan ruang berada di depana lensa ditawarkan kepadanya. Kehebatan Sherry mengemudi pelbagai rancangan sebagai hos sudah teruji, dari program berbentuk mingguan seperti ‘Big Stage’, ‘Gimme The Mic Malaysia’ hinggalah ke acara perdana seperti ‘Anugerah Juara Lagu’. Dia juga pernah punya rancangan bual bicaranya ‘The Sherry Show’ yang pernah ditayangkan di TV3. Dari segi lakonan, dia cukup versatil, tidak terhad pada watak komedi, watak antagonis seperti ‘Cikton’ menerusi siri ‘Khunsa’ juga menambat hati pentonton. Graduan ASWARA ini juga pernah diundi oleh peminat sebagai Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular di Anugerah Bintang Popular.
Apa yang kamu suka tentang diri kamu?
Perbezaan Sherry dengan orang lain adalah unik. Sherry sentiasa berbangga dengan keunikan sendiri. Apa yang suka tentang diri saya ialah saya selalu menjadi jujur kepada diri saya sendiri. Saya selesa menjadi diri sendiri—the fun Sherry Alhadad.
Kamu rasa lebih tua atau lebih muda dari usia sebenar? Huraikan sedikit?
Semestinya rasa lebih muda dari usia sebenar. Rahsianya, selalu gembira dan tersenyum. Usia hanyalah sekadar angka. Apayang penting ialah selalu positif dan bergaul dengan orang yang selalu memberi good vibes.
Apakah satu perkara yang kamu harap mempunyai peluang melakukannya lebih kerap?
Luangkan masa dengan orang tersayang dan keluarga saya.
Apakah rutin atau perkara harian yang membuatkan kamu feel good?
Bangun pagi, minum kopi, kemudian berjalan-jalan di taman dan menghirup udara segar.
Jika kamu diberi peluang kedua untuk mengulangi satu momen dalam hidup, apakah pilihan kamu? What would you do differently?
Kalau diberi peluang, Sherry nak kembali ke tahun 1993. Sherry nak cakap pada arwah abah yang Sherry sayangkan abah dan ingin meluangkan masa lebih lama dan bermanja dengan abah. I miss you so much.
Jika kamu boleh katakan sesuatu kepada diri kamu sewaktu remaja dulu, apakah ia?
Belajar rajin dan jangan suka buang masa!
Jika kamu tidak perlu bekerja untuk mendapatķan duit, bagaimana kamu mengisi masa kamu?
Saya suka menonton persembahan teater, tarian dan muzik. Apa sahaja yang berkaitan dengan seni persembahan.
Jika kamu boleh memilih superpower, apakah yang menjadi pilihan?
Menjadi halimunan. Boleh pergi shopping hahaha.
Apakah definisi ‘happy life‘ bagi kamu? How do you pursue it?
Happy life bagi saya adalah dapat bahagiakan ibu saya, bawa dia berjalan-jalan, pergi makan, shopping, bercuti dan bagi menantu… hahaha!
Kongsi sedikit kehidupan kamu ketika befusia 25 tahun?
Masa umur 25 tahun, saya ketika itu sedang belajar dalam Ijazah Sarjana Muda di ASWARA dan masih menjadi pengajar/tutor.
Ucapan buat EH! sempena ulang tahun ke-25
Selamat menyambut ulang tahun ke-25, EH! Saya tak pernah terfikir, seorang gadis biasa yang sering membaca EH! suatu ketika dahulu, kini diberi peluang untuk menjadi cover girl EH! Ia seperti impian yang tercapai. Semoga terus sukses dan panggil saya untuk jadi cover lagi bila sudah masuk ulang tahun ke-50! Terima kasih untuk semua memori yang indah. I love you, EH!
Konsep & Arahan Seni: Khairul Abidin | Penyelaras: Farah Ain, Erdina & Eqa Zulkifli | Fotografi: Aaron Lee (Lensworks Production) | Videografi: Jackie Mah, Simon, Syafiq, Zakwan & Azeem | Solekan: KF Bong (menggunakan Sephora Collection) | Dandanan: Ckay Liow |
Baca : #EHTOP25 Amelia Henderson