Putera Harry berkata apa yang dimahukannya bukanlah sebuah ‘institusi’ tetapi keluarga, walaupun dia berasakan kerabat Diraja mempunyai perasaan berbeza terhadap dirinya dan isteri, Meghan Markle.
“Entah mengapa mereka seolah-olah melihat kami sebagai penjahat,” katanya. Temu bual itu akan disiarkan pada 8 Januari 2023, dua hari sebelum memoir pertamanya, Spare dilancarkan.
Menerusi satu lagi sedutan wawancara bersama Anderson Cooper dalam rancangan 60 Minutes, Putera Harry mendakwa dia dikhianati dan dilempar dengan cerita palsu untuk menanam kebencian terhadap dirinya dan isteri.