Shahir dan bakal isterinya yang merupakan seorang usahawan dan pemilik butik mengikat tali pertunangan pada 16 Julai lalu selepas lebih sebulan mengenali hati budi masing-masing.
Walau usia perkenalan mereka agak singkat, penyanyi itu bersyukur kerana urusan mereka untuk bergelar suami isteri dipermudahkan.
“Usia perkenalan tidak menentukan sejauh mana kita mengenali pasangan kita. Ada yang bercinta bertahun-tahun pun bila berkahwin masih lagi ada perkara yang mereka baru tahu dan perlu fahami.
“Macam kami, memang usia perkenalan itu singkat tapi bila kami membuat keputusan untuk berkahwin, Alhamdulilah urusan itu berjalan lancar dan mungkin ini jodoh yang ditentukan Allah,” ujarnya.
Baca: Bertemu Jodoh Kali Kedua, Vanidah Imran Dedah Keperibadian Suami