Pasaran dunia kecantikan dipenuhi dengan pelbagai jenama dan produk kecantikan milik selebriti. Di sebalik lambakan ini tidak semuanya berkualiti dan padahnya ramai yang skeptikal dengan kualiti dan keberkesanan apa-apa jua jenama kecantikan milik selebriti. Namun ada juga yang mampu bertahan dek tawaran produk yang berkesan, dan ini lima jenama penjagaan rambut milik selebriti yang menjadi kesukaan ramai pengguna.
LolaVie oleh Jennifer Aniston
Di era 90-an rambut Jennifer Aniston antara yang paling banyak menjadi ikutan. Kemunculannya menerusi watak Rachel di dalam siri komedi F.R.I.E.N.D.S selama 10 musim membuatkan rambut potongan berlapis-lapisnya menjadi kegilaan. Jadi apabila Jennifer Aniston memilih untuk melancarkan produk penjagaan rambutnya sendiri, pastinya orang mudah percaya dan mahu mencuba.
Melancarkan LolaVie pada tahun 2021, menurut Jennifer dia dan pasukan kerjanya melakukan kajian selama lima tahun untuk mendapatkan formula yang bagus. Tiga produk utama LolaVie ialah syampu, perapi dan juga perapi tanpa bilas. Jenama ini juga dilengkapi minyak rambut dan juga produk istimewa untuk meleraikan masalah rambut kusut yakni perapi eksklusif, Glossing Detangler.