JVN Hair oleh Jonathan Van Ness
Jika anda pengikut setia siri realiti Queer Eye di platform Netflix, keletah Jonathan Van Ness memang mengundang gelak tawa. Selain karakternya yang witty, salah satu penariknya ialah rambutnya yang sihat mengurai. Jika rambut cantik, mestilah orang mahu tahu rahsianya, dan ini semua dikongsikan Jonathan menerusi jenama rangkaian produk rambutnya, JVN Hair.
Dia memperkenalkan JVN Hair pada Ogos 2021 dan kunci produk ini terletak pada empat rangkaian yang mana tiap satunya memberi tumpuan pada jenis rambut berbeza. Salah satu produk popularnya ialah The Nourishing Shine Drops yang mana ia bertindak bagaikan pelembap rambut, dan formulanya menggunakan ekstrak bunga raya. “Saya semua orang berasa berhak untuk merasa cantik mengikut definisi kecantikan mereka sendiri,” katanya kepada majalah kecantikan tersohor, Allure.