Anomaly Haircare oleh Priyanka Chopra Jonas
Aktres dan juga isteri kepada Nick Jonas ini melancarkan Anomaly Haircare dengan niat mahu menghasilkan satu produk yang mengimbangi hal kelestarian dan juga formula yang bagus dalam memelihara mahkota wanita. Dia sangat teliti dalam pemilihan produk hinggalah ke proses bungkusannya. Formula produknya banyak mengguna pakai eucalyptus, minyak dan juga avokado. Manakala pembungkusannya dia menggunakan 100 peratus plastik yang dikitar semula.
Dia juga mahu memasyhurkan cara orang India menjaga rambut yakni memberi perhatian kepada penggunaan minyak kulit kepala (orang India memanggilnya ‘champi’). Champi merupakan salah satu teknik penjagaan diri Ayuverda yang merangkumi urutan pada kepala dan wajah.