- Kehadiran Y.O.U Beauty di Minggu Fesyen Paris bukan sekadar meraikan fesyen, tetapi juga membawa misi global dengan kempen #WouldYouLoveYou yang menekankan kecantikan adalah milik semua, dan setiap individu berhak untuk bersinar dengan cara yang tersendiri.
Ketika pentas Minggu Fesyen Paris menjadi tumpuan dunia, jenama kecantikan antarabangsa Y.O.U melangkah penuh gaya dengan menebarkan mesej kecantikan yang melangkaui sempadan budaya menerusi tema “Glow Your Own Unique” di tengah-tengah kota fesyen yang penuh glamor ini, Y.O.U mengajak generasi muda dari pelbagai budaya dan gaya hidup untuk berkongsi pandangan mereka tentang kecantikan khususnya soal penjagaan kulit.
Tidak sekadar memperkenalkan produk, tetapi juga membina hubungan yang bermakna dengan pengaruh fesyen dan ikon-ikon hebat, misi Y.O.U adalah jelas, aitu menyemai budaya kecantikan yang sihat dan unik yang menggalakkan semua orang untuk menyemarakkan keunikan mereka sendiri. Dengan semangat baru yang segar, Y.O.U menyerlahkan kepelbagaian gaya dan merayakan keunikan diri, menjadikan acara ikonik ini lebih meriah dan bermakna.
Lancar Video ‘Glow Your Own Unique’
Semasa Minggu Fesyen Paris, Y.O.U melancarkan video berdurasi satu minit bertajuk ‘Glow Your Own Unique’ yang menekankan bahawa setiap individu memiliki cahaya unik mereka sendiri. Dengan latar belakang kota Paris yang ikonik, video ini terinspirasi oleh pengalaman generasi muda masa kini, yang sering kali berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam mengenali dan merayakan keunikan diri mereka.
Y.O.U percaya bahawa setiap cahaya yang bersinar patut diraikan, dan inilah yang menjadikan kita semua istimewa. Y.O.U mengajak mereka dari pelbagai budaya dan gaya untuk menemui keyakinan diri yang sebenar, melalui rangkaian produk penjagaan kulit Y.O.U, pengguna bukan sahaja dapat menonjolkan keunikan mereka, tetapi juga merasakan bahawa kecantikan datang dalam pelbagai bentuk dan ekspresi.
Ekspresi Kecantikan Sendiri
Setiap sudut Paris menyaksikan kehadiran trendsetter dari seluruh dunia, masing-masing menyerlah dengan ekspresi kecantikan yang unik. Ada yang memilih gaya minimalis dan elegan, sementara yang lain berani mencipta kelainan dengan fesyen avant-garde. Walau apa jua gaya yang dipilih, setiap individu mempunyai nilai kecantikan tersendiri yang seharusnya diraikan. Seiring dengan mesej Y.O.U, setiap orang layak bersinar dengan cara mereka sendiri, membawa keyakinan dan keanggunan pada setiap langkah.
Y.O.U mengambil peluang ini untuk menyampaikan mesej melalui kempen “Your Own Unique.” dengan mengundang peminat fesyen muda dari pelbagai latar budaya dan gaya untuk berkongsi pandangan mengenai kecantikan dan perspektif tentang penjagaan kulit peribadi, menggalakkan semua orang untuk mengekspresikan keunikan kecantikan mereka dan menjalani kehidupan yang penuh keyakinan.
Cipta Keunikan Tersendiri Dengan Rangkaian Produk Y.O.U
Y.O.U mengetengahkan tiga produk terkininya yang menjadi bualan ramai seperti Radiance Glow Serum, SUNBRELLA™ Triple UV Sunscreen, dan Cloud Touch Skin Tint. Ketiga-tiga produk ini diformulasi dengan bahan vegan-friendly dan cruelty-free, serta direka untuk mengatasi masalah kulit biasa.
Fokus utama Y.O.U adalah untuk memberikan penghidratan berpanjangan dan menjadikan kulit sihat berseri sepanjang hari. Dirumus khas untuk pelbagai jenis kulit, produk ini membantu kulit kekal segar, muda, dan berseri.
Tiga Produk Ikonik Y.O.U;
Radiance Glow Serum
Serum ringan yang menyegarkan ini diformulasikan dengan gabungan bahan hebat seperti Niacinamide, bisabolol, dan VC ethyl ascorbic acid, ia memberikan hidrasi mendalam serta mengunci kelembapan pada kulit. Bukan itu sahaja, ia juga berfungsi untuk menyekatkan tona kulit dan memberikan kilauan sihat pada kulit. Kandungan bisabolol di dalamnya terkenal sebagai agen penenang kulit, sangat berkesan untuk menenangkan kulit kering dan sensitif.
SUNBRELLA™ Triple UV Sunscreen
Pelindung matahari dengan teknologi Triple UV Elixir ini memberikan perlindungan sepanjang hari tanpa kelihatan berminyak. Direka khas untuk kulit berminyak, sunscreen ini memastikan kulit dilindungi sepenuhnya dengan SPF 50+ PA++++, tanpa meninggalkan rasa berminyak. Ia diuji secara dermatologi, memastikan perlindungan yang menyeluruh untuk kulit, menjadikan kulit anda selamat dan terpelihara setiap hari.
Cloud Touch Skin Tint
Foundation bertekstur ringan yang diperkaya dengan Ceramide dan Centella Asiatica Extract ini, sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi. Ia bukan sahaja melindungi kulit dengan SPF 25+ PA+++, tetapi juga memperkuat lapisan perlindungan kulit serta mengurangkan tanda-tanda sensitiviti. Dengan formula inovatif ini, kulit akan kelihatan lebih lembut, halus, dan bebas cela.
Dari Shanghai Ke Pentas Global
Bermula di Shanghai pada tahun 2018, Y.O.U telah menawan hati pengguna di seluruh dunia dengan jenama yang memfokuskan pada kecantikan saintifik dan individualistik. Dengan kolaborasi bersama pakar kecantikan global seperti Tadahiro Shimada serta Skin Cancer Foundation, Y.O.U terus menerajui industri kecantikan dengan inovasi produk yang menekankan kecantikan semula jadi.
Sejak penubuhannya, Y.O.U telah menyediakan penyelesaian penjagaan kulit dan solekan, sambil memupuk budaya keyakinan melalui pelbagai acara dan inisiatif komuniti. Dari tahun 2022 hingga 2023, kempen #WouldYouLoveYou dilancarkan untuk menggalakkan rasa cinta dan keyakinan diri.
YOUniquer, Suara Generasi Muda
Kehadiran Y.O.U di Minggu Fesyen Paris bukan sekadar mempamerkan strategi global mereka, tetapi juga memperkukuh mesej jenama tersebut. Kempen global #WouldYouLoveYou, menggalakkan generasi muda untuk mencintai diri sendiri, menghargai keunikan dan menyerlahkan keyakinan tanpa rasa ragu. Dalam meraikan ulang tahun keenam, Y.O.U mengukuhkan komitmen mereka kepada komuniti YOUniquer yang meraikan kecantikan tanpa sempadan.
Dengan menekankan ekspresi diri dan pengalaman yang selesa, Y.O.U menyokong keunikan setiap individu dengan menawarkan formulasi dan bahan khas yang memberikan pengalaman penjagaan kulit yang ideal. Dengan visi dan strategi global, Y.O.U berkomitmen untuk memberikan pengalaman kecantikan yang sihat dan bersinar, memperkuat suara generasi baru yang menginginkan kebebasan dalam gaya hidup mereka.
Artikel Berkaitan: Steal The Look! 7 Gaya Solekan Di Minggu Fesyen Milan