EH! memilih lima solekan hasil riasan lima jurusolek selebriti terkenal di malam Anugerah Industri Muzik yang ke-23.
Pentas Anugerah Industri Muzik dibuka kembali selepas beberapa tahun menyepi. Sekembalinya anugerah ini seakan menjadi sinar di hujung terowong buat semua karyawan muzik tanahair.
Anugerah Industri Muzik tahun ini menyaksikan beberapa orang penyanyi yang sudah stabil kedudukan di dalam lapangan seni meraih kejayaan antaranya Liza Hanim yang membawa pulang dua trofi selepas 25 tahun bergelar penyanyi. Dayang Nurfaizah menerusi album Belagu pula dikurniakan tiga trofi kemenangan. Ernie Zakri yang tercalon buat pertama kali meraih tiga trofi yakni menerusi kategori vokal dan meraih kejayaaan untuk kategori Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik.
Dan tidak sah malam anugerah jika tidak disinari dengan gaya glamor selebriti. Sama seperti majlis-majlis anugerah yang lain, AIM23 juga menyaksikan penampilan penuh stail. EH! memilih lima solekan yang dihasilkan lima jurusolek selebriti ternama.
KAKA AZRAFF – BOSCO RYZAL
Memang terkenal dengan gaya solekan bold, jurusolek terkenal ini mengekalkan identitinya itu pada riasan Kaka Azraff. Seiring dengan busana yang digayakan Kaka (hitam), Bosco mencipta solekan mata berkabut yang edgy dan dicalit dengan calitan pembayang mata emas di tengah kelopak mata lantas memberi kelainan dari gaya smokey biasa. Gincu dalam ton coklat pudar melengkapkan solekan ini.