SHERRY AL-HADAD- SHENG SAW
Saya percaya Sherry memang senang sekali dengan sentuhan solekan SHeng Saw kerana sudah banyak kali Sheng merias wajahnya di majlis-majlis besar. Dan tidak dinafikan memang serasi sentuhan Sheng buat Sherry. Sheng mencipta gaya solekan smokey namun tidak terlalu gelap lantas membuat riasan ini tidak terlalu garang. Sheng banyak bermain dengan ton kelabu pada mata dan diringakan dengan pilihan warna yang lebih lembut pada kening. Calitan gincu natural memang sudah jadi signature Sheng.