MARSHA MILAN- KHIR KHALID
Marsha yang tampil dalam balutan gaun kuning diberi solekan yang lebih bold pada bahagian matanya. Permainan warna hitam mendominasi, dan saya percaya Khir banyak menggunakan celak hitam untuk menyempurnakan solekan ini. Saya juga memuji solekan ini kerana Khir berjaya membuat bibir Marsha tampil lebih segar dan ‘relaks’. Menurut Khir dia mengoles skrub bibir terlebih dahulu sebelum memulakan solekan.