AINA ABDUL- BOBO CINTA
Solekan dan busana saling melengkapi! Bobo mencipta gaya solekan yang agak ‘dreamy’ seiring mood gaun putih yang berperincian bulu dan jemeki emas. Bobo banyak bermain dengan ton tanah dan dia melengkapkan solekan dengan calitan pembayang mata warna emas pada sudut mata Aina. Untuk bibirnya pula, calitan gincu nude lengkap dengan glos bibir menjadi pilihan.