Bahagian sekitar mata sememangnya sudah jadi satu bahagian yang patut diberikan perhatian ekstra, kerana di situlah bermulanya tanda penuaan. Kini belaian mata lebih mudah dan berkesan dengan satu krim yang boleh menambah keserian dan tampak muda dalam masa lapan hari.
Kulit mata memiliki tekstur dan ketebalan berbeza berbanding bahagian wajah lain, dan hal ini menyebabkan ia lebih cepat menimbulkan kesan kedutan halus, kekusaman juga lingkaran hitam. Memahami situasi ini, setiap jenama kecantikan wajah antarabangsa berlumba-lumba untuk menghasilkan satu rumusan yang terbaik bagi menganjalkan bahagian wajah yang sensitif ini, namun tidak semuanya dapat menghasilkan formula yang berkuasa dan bertindak pantas terutamanya dalam menggunakan rumusan bahan asli.
Dihasilkan pada tahun 1952 di French Pyrenées, Biotherm tampil dengan satu rangkaian produk ikonik Life Plankton™ yang menjadi satu keajaiban dunia pada ketika itu, ini kerana hidupan laut mikro ini berupaya untuk menghasilkan semula sel kulit wajah. Tahun ini, Biotherm Life Plankton™ melebarkan lagi rangkaiannya dengan satu item khas buat mata yang mampu menyamarkan kedutan halus dan seterusnya membantu mengembalikan sinar keremajaan yang dikenali sebagai Life Plankton™ Eye.
Untuk meneroka kehebatan krim mata Biotherm Life Plankton™ Eye, EH! telah menjalankan kajian ke atas 20 pembaca untuk mencuba sendiri krim mata istimewa ini dan kami mengumpul data tentang keberkesanannya dalam mengurangkan kedutan halus, menyamarkan lingkaran hitam, mengembalikan kelembapan kulit sekitar mata, menghilangkan sembap mata, membuatkan mata tampil lebih bertenaga, memberi hasil kulit mata lebih anjal, nampak lebih ‘muda’ dan mengembalikan keserian kulit wajah.
Dalam survey yang dijalankan ke atas 20 pembaca setia EH! selama lapan hari, Kami senaraikan nilai peratus keberkesanan krim mata ini dalam membantu kulit sekitar mata untuk tampil lebih anjal dan berseri.
Bahagian mata merupakan satu bahagian wajah yang penting buat setiap wanita. Kalau bersolek bahagian inilah yang mengambil banyak masa untuk dikemaskan, dari solekan kening, pembayang dan penggaris mata, hinggalah maskara, kesemuanya harus nampak kemas buat lirikan mata yang lebih menawan. Namun atas dasar faktor tekanan, sinaran UV berbahaya dan juga pencemaran, kulit di bahagian mata akan menjadi bahagian pertama yang memberi kesan tidak bermaya, berkedut dan menghasilkan lingkaran hitam.
Biotherm fahami masalah yang dihadapi oleh wanita hari ini, dan tampil dengan satu solusi terbaik menerusi Life Plankton™ Eye yang mampu membantu memperbaiki kontur mata dan melembutkan kulit agar tampil lebih berseri. Ia hadir dengan tekstur yang menyerap pantas, memberi rasa dingin supaya aplikasi tampil lebih segar dan dapat membangunkan semula kulit di bahagian mata seterusnya menjadi lapisan kedua kulit untuk melawan pencemaran ketika berada di luar. Teknologi micro-blur pula bekerja dengan pantas dalam mengembalikan keanjalan seterusnya menghasilkan warna kulit yang sekata. Hasilnya mata tampak lebih ‘muda’, berseri dan bertenaga dalam masa lapan hari.
Kombinasi Life Plankton™ Essence pada rutin penjagaan wajah sebelum aplikasi krim mata Life Plankton™ Eye akan menambah hasil keberkesanannya. Ia hadir dengan formulasi yang menaikan keserian kulit wajah, mengembangkan sel kulit seterusnya memberi hasil kulit yang lebih lembut seperti kulit baharu. Untuk ketahui lebih lanjut, kunjungi butik kecantikan Biotherm berhampiran anda untuk mendapatkan sesi pemeriksaan kulit secara percuma dan sample produk untuk dicuba!
Tip Penggunaan
Untuk penggunaan yang lebih berkesan, gunakan dua kali sehari siang dan malam dengan urutan lembut menggunakan jari dalam bentuk pusingan dari bahagian dalam ke luar wajah. Urut dengan lembut beberapa kali untuk merangsang saluran darah bawah mata dan juga menganjalkan semula kulit di bahagian bawah mata.