Sepertimana yang ditulis Penolong Pengarang Kecantikan dan Gaya Hidup, Khairul Abidin Ishak, kehadiran Aeriel Zafrel dalam persada seni semakin mendapat perhatian umum. Apatah lagi bakat yang dimiliki Aeriel dipuji ramai pelakon senior. Mahu mengenali aktor berusia 23 tahun ini dengan lebih mendalam? Ikuti sebahagian daripada temu bual yang dipetik daripada isu bulan ini! |
Pasangan aktres yang ingin Aeriel berganding bersama?
Saya senang dengan Liyana Jasmay. Dia seorang pelakon yang baik, dan saya rasa dia boleh membantu saya untuk jadi lebih baik jika digandingkan bersama. Dan dalam masa yang sama faktor fizikalnya juga membantu kerana saya tidak tinggi.
Siapakah pelakon pujaan? Saya mengagumi Que Haidar. Pada pandangan Aeriel, apa yang masih kurang dalam dunia seni tanah air? Kekurangan secara nyata itu tidak ada namun kita perlu sentiasa memperbaiki apa yang tidak kena dari masa ke semasa. Namun, saya berharap akan lebih banyak sekolah seni lakon di Malaysia sebagaimana banyaknya kelas tarian mahupun vokal. Pada saya ramai yang teringin menimba ilmu dunia lakon kerana ia juga salah satu cara memperbaiki komunikasi diri.
|
Stail peribadi Aeriel? Saya suka gaya ‘indie’. Denim potongan skinny, kemeja-T dan jaket. Ringkas dan selesa. Apakah pula prinsip hidup Aeriel? Usaha dan cuba selagi mampu. Saya orangnya suka berdikari. Selagi boleh buat sendiri selagi itu saya akan cuba. Selain itu saya jenis pemalu, dan segan mahu meminta bantuan orang. |
Untuk artikel penuh, jangan lupa dapatkan isu Oktober EH! yang penuh dengan pelbagai info menarik mengenai aktor muda ini.