Gambar : Instagram Emma Maembong dan Raf Yaakob
Gosip di antara Emma Maembong dan Raf Yaakob iaitu adik kepada Datuk Fazley Yaakob mula tersebar di laman sosial sejak beberapa hari yang lalu dan ini membuatkan Emma tidak mahu mendiamkan diri.
Umum tahu yang hubungan Emma dan Kamal Adli pernah dikhabarkan ‘putus’ sebelum ini tetapi mereka masih lagi bersahabat baik seperti biasa. Emma yang tidak mahu dirinya terus terpalit dengan gosip dan fitnah ini telah memuat naik sekeping gambar berserta kapsyen yang menafikan akan gosip itu.
https://www.instagram.com/p/BLF1-IUD1jP/?taken-by=emma_maembongofficial&hl=en
Menurut kapsyen tersebut Emma menjelaskan yang mana gosip itu adalah bohong dan fitnah semata. Boleh dilihat yang mana Emma agak kecewa dengan segelintir individu yang tidak henti memberikan kata-kata negatif buat dirinya.
Hakikatnya, bapa Emma dan arwah bapa kepada Raf sememangnya bersahabat baik sejak Emma berusia 12 tahun lagi. Bukan Emma sahaja, malah seluruh ahli keluarga Emma sememangnya rapat dengan keluarga Raf.
Raf juga tidak mahu mendiamkan diri dan mula bersuara dan menafikan akan perhubungan istimewa yang diperkatakan ramai itu juga menerusi akaun Instagram.