Simple, timeless dan effortless, gaya minimalist terus jadi pilihan buat mereka yang mahu tampil elegan tanpa perlu berlebihan di pagi Raya Haji.
Walaupun Raya Haji sering diraikan dalam suasana yang lebih santai dan sederhana, itu tidak bermakna gaya perlu kelihatan biasa. Tahun 2026 menyaksikan trend minimalist terus mendominasi, dengan siluet longgar, tona lembut dan helaian clean-cut menjadi pilihan ramai. Dari baju kurung moden hinggalah aksesori understated, less is definitely more untuk sambutan kali ini.
Antara elemen utama dalam gaya minimalist ialah pemilihan warna yang lebih lembut dan neutral. Tona seperti putih, krim, beige, olive atau dusty blue sering menjadi pilihan kerana memberi penampilan yang lebih clean dan effortless tanpa nampak terlalu mencuba.
Kadangkala, helaian yang paling simple dalam tona neutral sudah cukup untuk membuatkan penampilan raya kelihatan lebih elegan.
Antara inspirasi yang anda boleh rujuk untuk Raya Haji ini:

Baju kurung moden ini menyerlahkan elemen minimalist menerusi potongan yang clean, warna yang neutral dan perincian renda halus yang tidak berlebihan. Rekaan curved-V neckline bersama siluet semi fitted pula memberi penampilan yang lebih kemas dan effortless, sesuai untuk gaya Raya Haji yang simple.



Helaian ini menyerlahkan gaya minimalist menerusi rekaan versatil dan siluet berstruktur daripada fabrik linen. Sulaman halus pada bahagian jahitan yang subtle, manakala potongannya yang menggabungkan elemen kebaya, outer dan kimono menjadikannya moden tanpa nampak berlebihan.

