Putera George dan Puteri Charlotte kelihatan sangat comel dengan gula-gula rotannya ketika mengikuti Duke dan Duchess of Cambridge ke upacara Krismas di Gerja St.Mark di Englefield.
Kali ini, upacara servis pagi Krismas ini tidak dapat dihadiri oleh Queen Elizabeth II. Tetapi yang istimewanya adalah dengan kehadiran dua cicit comelnya iaitu anak kepada pasangan Putera Williams dan Kate Middleton.
Putera George yang kini telah berusia tiga tahun dirakam keluar dari gereja sambil menghisap gula-gula rotan tersebut manakala Puteri Charlotte pula menggunakan gula-gula miliknya untuk mengorek tanah.
Pada ketika itu, Putera George dilihat mengenakan kot potongan bawah lutut bersama stokin yang disuai padankan, Puteri Charlotte pula memakai tights berona merah dan bow yang disuaikan bersama kot berona gelap.
Ini merupakan kali pertama anak-anak kerabat Di-raja British ini menghadiri upacara tradisi sambutan Krismas ini. Tahun ini, keluarga Di-raja ini menyambut Krismas bersama keluarga Kate.