Uban di usia 20-an? Yes, it’s a thing and no, anda bukan keseorangan terutamanya dalam kalangan mereka yang hidup dalam fast-paced lifestyle. Dari stress kerja, tidur tidak cukup dan diet yang ekstrem. Semuanya quietly memberi kesan kepada rambut termasuk mempercepatkan kemunculan uban.
Sebelum anda panic book appointment untuk hair color seterusnya, mungkin sudah tiba masanya untuk faham apa sebenarnya yang berlaku. EH! bongkarkan punca sebenar di sebalik berlakunya pertumbuhan uban awal dan bagaimana anda boleh slow down the process dengan cara yang lebih bijak dan efektif.

Genetik Adalah Faktor Utama
Jika ibu atau ayah anda mula beruban awal, besar kemungkinan anda akan mengalami perkara yang sama. Genetik menentukan bila penghasilan melanin dalam rambut mula menurun. Dalam banyak kes, ini adalah faktor paling dominan dan sukar untuk dielakkan.
Stress Yang Berpanjangan
Tekanan kronik atau stress boleh memberi kesan langsung kepada sel stem dalam folikel rambut. Kajian menunjukkan stress boleh mempercepatkan kehilangan melanosit, menyebabkan rambut bertukar putih lebih awal. Gaya hidup sibuk, kurang rehat dan tekanan emosi semuanya menyumbang kepada proses ini.
Kekurangan Vitamin & Nutrisi
Rambut memerlukan nutrisi tertentu untuk mengekalkan warna dan kesihatan. Kekurangan Vitamin B12, Zat besi, Copper dan Zinc boleh menjejaskan penghasilan melanin dan mempercepatkan uban. Kalau diet anda banyak processed food dan kurang nutrient-rich food this might be the reason.
Stres Oksidatif
Pendedahan kepada radikal bebas (daripada pencemaran, UV dan gaya hidup tidak sihat) boleh menyebabkan oxidative stress. Ini merosakkan sel melanosit dan mempercepatkan proses penuaan rambut. Ringkasnya, ia seperti “aging from within”.
Penggunaan Produk Rambut Berlebihan
Kerap mewarnakan rambut, bleaching atau penggunaan bahan kimia keras boleh melemahkan struktur rambut dan menjejaskan pigmen semula jadi dalam jangka masa panjang. Walaupun bukan punca utama, ia boleh mempercepatkan proses uban.
Gaya Hidup Tidak Sihat
Kurang tidur, merokok dan pemakanan tinggi gula juga boleh menyumbang kepada penuaan awal termasuk pada rambut. Merokok khususnya dikaitkan dengan peningkatan risiko uban awal kerana kesannya terhadap peredaran darah dan oksidatif stress.
Boleh Ke Uban Dicegah?
Walaupun faktor genetik sukar diubah, anda masih boleh memperlahankan proses uban dengan:” Mengamalkan diet seimbang (tinggi vitamin & mineral) Mengurus stress dengan lebih baik Mengurangkan penggunaan bahan kimia keras Mengamalkan gaya hidup sihat (cukup tidur, tidak merokok)
Produk Rekomendasi EH!
Moom Health Happy Hormones
Suplemen seperti Moom Health Happy Hormones membantu menyokong keseimbangan hormon dan mengurus stress antara punca utama uban awal.
Dengan pendekatan holistik, ia bukan sahaja menyokong kesihatan dalaman, tetapi juga memberi kesan positif kepada kulit dan rambut.

Artikel Berkaitan: Gen Z Ubah Beauty Rules Dengan Trend Bleached Brows
