[tab: Murad]
MENANG!
Retinol Youth Renewal Serum
BERNILAI RM RM5,976
Retinol Youth Renewal Serum adalah produk anti-penuaan terbaru yang dicipta oleh Dr. Howard Murad, yang mana ia dapat menghilangkan tanda-tanda utama penuaan dengan serta-merta tanpa meninggalkan sebarang kesan sampingan. Terdapat banyak produk lain yang menggunakan retinol sebagai salah satu formula untuk menghasilkan produk anti-penuaan tetapi ia mengambil masa yang lama untuk melihat keberkesanannya manakala formula yang dihasilkan oleh Murad menampilkan Retinol Tri-Active Technology untuk memberikan hasil yang lebih cepat dan efektif tanpa sebarang kerengsaan. Retinol Tri-Active Technology memberi kesan dalam tiga cara yang berlainan iaitu kombinasi ‘Fast-acting Retinoid’, ‘Time-released retinoid’ dan ‘Retinol Booster’ yang memainkan peranannya yang tersendiri. Retinol Youth Renewal Serum turut mengandungi ekstrak bunga Swertia yang membantu dalam penghasilan semula sel-sel kulit sambil mengurangkan kerengsaan pada kulit apabila digabungkan dengan bahan yang lain. Malah, Retinol Youth Renewal Serum juga mengandungi Hyaluronic Acid Spheres untuk menghidrat kulit. Dalam satu kajian yang ditaja oleh Murad, 93% menyatakan mereka dapat melihat pengurangan garis-garis halus dan kedutan pada wajah, manakala 98% juga merasakan kulit lebih licin dan mulus selepas hanya penggunaan selama dua minggu.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 31 Januari 2017
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Redken.]
MENANG!
Rawatan Heatcure Professional
BERNILAI RM 5,850
New Heatcure Professional adalah salah satu khidmat di salon rambut eksklusif yang diiktiraf oleh Redken. Rawatan rambut ini bertindak mengembalikan keserian rambut yang rosak dengan serta merta menggunakan formula khusus bersama alat yang direka dengan kerjasama T3 Micro, Inc. Malah, rawatan pemulihan rambut ini dapat bertahan sehingga 10 kali cucian. New Heatcure Professional boleh diteruskan di rumah menggunakan rawatan Heatcure Self-Heating Mask setiap minggu. Ramai pelanggan memberi respons positif selepas mencuba rawatan rambut ini – 96% merasakan rambut menjadi lebih lembut, 94% mengatakan rambut menjadi lebih kuat dan 94% turut mengatakan rambut tampil lebih subur. Bahkan, 70% bersetuju rambut tidak lagi kelihatan rosak seperti dahulu.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 31 Januari 2017
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: U2-Timewear]
MENANG!
Jam tangan U2 Timewear
BERNILAI RM 6,086
Rangkaian koleksi floral (UL 235) jam tangan jenama U2 dengan reka bentuk yang timeless memancarkan keanggunan dengan pilihan warna yang sesuai
untuk mereka yang berjiwa feminin dan romantis. Dengan pilihan lima warna yang elegan bermula dari tali jam tangan sehingga ukiran bunga mawar yang dicetak timbul, anda mempunyai pelbagai pilihan sama ada rona rose gold yang melambangkan cinta, perak untuk kegunaan harian, butiran-butiran berwarna merah jambu ataupun biru untuk janji temu istimewa mahupun hitam yang cukup elegan. Koleksi ini tentu sekali memenuhi cita rasa anda yang tersendiri. Kristal berkilauan yang menghiasi sekitar muka jam tangan ini memberikan sentuhan yang cukup glamor dengan reka bentuk flora yang diilhamkan seiring trend masa kini. Boleh didapati di lebih daripada 300 cawangan runcit yang dilantik di seluruh Malaysia.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 31 Januari 2017
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Silky Girl]
MENANG!
Set produk Silkygirl
BERNILAI RM6,030
Kulit yang sempurna dan mulus boleh menjadi milik anda dengan Silkygirl Magic BB White Chiffon Powder Foundation. Bedak asas ini mengandungi ekstrak White Strawberry yang dapat melembutkan sambil mencerahkan kulit, campuran ekstrak beri yang berfungsi sebagai anti-oksidan agar wajah kekal muda dan terhidrat, serbuk Thanaka bagi melembapkan kulit, silica supaya wajah kekal pusam, vitamin E dan ß-White untuk melindungi sambil mencerahkan wajah. Bedak asas ini turut dilengkapi dengan SPF 35/PA+++ dan didatangkan dengan 4 ton warna – 01 Ivory, 02 Natural, 03 Medium dan 04 Rose Beige. Gincu yang berasaskan pusam kini jadi kegilaan, jadi jangan biar diri anda ketinggalan. Silkygirl Matte Junkie Lip Cream ialah gincu yang memberi kemasan pusam dan dapat bertahan pada bibir dari siang sehingga malam! Tidak mengira mood, Silkygirl Matte Junkie Lip Cream mempunyai bayangan warna yang sesuai dengan anda – 01 Retro, 02 Glamour, 03 Rebel, 04 Vintage dan 05 Vixen. Kini turut hadir dengan warna baharu iaitu 06 Darling, 07 Dolly, 08 Artsy dan 09 Rouge.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 31 Januari 2017