Bagi Shah Rukh Khan, anak adalah segala-galanya dalam hidupnya. Boleh kata dia dilihat seakan seorang bapa yang cukup penyayang dan bertanggungjawab.
Baru-baru ini, bintang Bollywood ini menghadiahkan anak bongsunya, AbRam dengan sebuah kejutan yang besar dan istimewa. Demi untuk melihat sekecilnya itu bermain dan menghiburkan hatinya, Shah Rukh Khan dan isterinya Gauri telah mengambil keputusan untuk membina sebuah rumah pokok untuk AbRam.
Rumah pokok tersebut dibina di kawasan kediaman mewah miliknya Mannat di Bandra, Mumbai. Gauri turut berkongsi beberapa keping gambar AbRam yang bermain di rumah pokok itu menerusi laman Instagram.
Gauri turut menulis kapsyen “Rumah pokok yang cantik dibina khas oleh Sabu Cyril untuk anak kecil kami.” Ternyata yang Shah Rukh Khan serta isterinya sangat menyayangi dan ingin memberikan segala kebahagiaan buat anak-anaknya yang boleh kata sekarang ini turut mencuri tumpuan ramai, lebih-lebih lagi anak sulungnya iaitu Aryan Khan yang dikatakan kacak seakan bapanya.