Pabila seekor serangga dinamakan berdasarkan figura Amerika Syarikat iaitu Donald Trump, pastinya membuatkan ramai yang tertanya akan sebabnya.
Pakar biologi, Dr. Vazrick Nazari memberitahu The Telegraph yang mana seekor spesis rama-rama telah diberi nama Neopalpa donaldtrumpi sebagai tanda penghormatan kepada presiden terbaru negara membangun itu.
Keputusan untuk menamakan serangga itu diambil kerana rama-rama tersebut mempunyai rerambut berona kuning dan pandangan tajam.
“Menamakan spesis ini berdasarkan presiden ke-45 Amerika Syarikat, saya berharap yang ia boleh memberikan kesedaran kepada orang awam dan siapa sahaja yang mempunyai minat akan kepentingan alpha-taksonomi dalam pemahaman yang lebih baik terhadap komponen mikro fauna biodiversiti yang diabaikan di Amerika Utara,” kata Nazari.
Spesis ini tidak hanya ditemui di California, malah ia juga dijumpai di Mexico. Nazari dalam masa yang sama berharap supaya Trump akan membuat pemuliharaan ekosistem yang rapuh di Amerika Syarikat.
Republikan kini mula membuka perancangan untuk mewujudkan Akta Spesis Terancam.