Filem debut aktres Bollywood, Deepika Padukone di bumi Hollywood iaitu xXx: Return of Xander Cage berjaya mengaut keuntungan sebanyak US$308juta dan masih lagi menerima tontonan yang tinggi setakat ini secara global.
Filem produksi Paramount/Viacom Inc yang turut menampilkan Vin Diesel sebagai watak utama itu dikatakan kini bergelar sebuah filem yang mengaut keuntungan paling tinggi pada tahun 2017 ini.
xXx: Return of Xander Cage berjaya mendapat US$70juta di seluruh dunia sekitar 10 Februari lalu dan lebih US$60juta dari hasil tersebut datang dari sebuah blockbuster, memecahkan rekod pembukaan di China dengan 6,600 skrin.
Dengan filem ini, ia menjadi pintu utama Deepika untuk ke meneruskan kerjaya di bumi Hollywood yang mana baru sahaja mengikuti kembara dunia dalam mempromosikan filem ini.
Pada masa yang sama, Deepika turut membawa Diesel ke India menerusi sebuah kembara yang buatkan dia cukup menikmatinya. Mereka turut ditemani oleh pengarah filem tersebut iaitu DJ Caruso.