Walaupun tiada penawar bagi penyakit ekzema, kamu masih boleh mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan simptom dan wabak ini.
1. Elak mandi secara berlebihan. Aplikasikan pelembap, terutamanya selepas mandi.
2. Mandi dengan air panas dan gunakan sabun yang lembut dan tidak mengasarkan permukaan tangan.
3. Hadkan hubungan iritasi dengan sabun, minyak wangi, bahan pencuci, barang kemas, perengsa alam sekitar, dan sebagainya.
4. Pakai pakaian longgar atau pakaian daripada fabrik kapas berbanding bulu atau serat sintetik.
5. Untuk membantu mengurangkan kegatalan, gunakan cool compresses.
6. Elak memakan makanan yang menyebabkan reaksi alahan.
7. Bersenam, meditasi atau kenali teknik pengurusan stres.
8. Pakai sarung tangan sebagai pelindung aktiviti atau kerja-kerja yang membabitkan penggunaan air yang banyak.
9. Elak melakukan aktiviti-aktiviti yang membuat kamu panas dan berpeluh.
10. Kekalkan suhu sejuk di tempat tidur, haba menyebabkan kamu berpeluh, lantas berlaku kegatalan dan kerengsaan pada kulit.
Walau bagaimanapun, apabila kerengsaan berlaku kamu harus segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kita hanya mampu mengelak, oleh itu amalan hidup dan aktiviti sihat dapat mencegah dari dijangkiti penyakit ini. Awas, setiap dari kamu mungkin si penghidapnya, jadi berhati-hati ya!