Baik untuk litupan ringan atau menyeluruh, Cushion Foundation adalah pilihan tepat buat asas solekan anda!
Multi Fungsi
Anda tahu Krim BB? Sekarang cuba bayangkan ia di dalam bekas kompak. Di Korea, Cushion Compact, Cushion Foundation atau BB Cushion ini adalah gabungan penjagaan kulit serta alat solek. Ini kerana produk ini bukan saja berupaya untuk memberi litupan sempurna namun turut merawat kulit agar menjadi lebih segar dan sihat. Bekas kompak yang hadir dengan span mampu meresap formula bedak asas ini yang mana memberikan litupan ringan dan manfaat penjagaan kulit seperti perlindungan UV, penghidratan, kawalan pori-pori, pencerahan dan bahan-bahan anti-penuaan.
Mudah dibawa ke mana saja
Selain manfaat penggunaannya, bedak asas cecair yang hadir dalam bekas kompak menjadi salah satu kelebihan apabila berpergian. Apabila bercuti tentunya litupan yang ringan tapi menyeluruh menjadi pilihan. Tapi ia tidaklah bermakna untuk anda simpan kala bercuti sahaja, di Korea, ramai wanita yang membawanya di dalam bag ke mana saja. Fungsinya adalah untuk ‘touch up’ serta perlindungan UV yang efektif.
Kusyen yang efektif
Pasti anda tertanya-tanya apa fungsi kusyen yang diresapkan dengan cecair bedak asas bukan? “Sebenarnya ia adalah sebahagian daripada formulanya, iaitu ia mampu menukarkan formula cecair kepada emulsi yang ringan,” kata Nathalie Paiva, Pengarah Pemasaran Amore Pacific Korea. Ia diperbuat dengan material yang sama seperti cap Asia kuno di mana ia mengawet cecair di dalam keadaan yang optimal. Senang kata, ia membuatkan formula bedak asas itu sendiri lebih ringan dan memberikan jumlah yang secukupnya pada setiap sapuan. Jadi sukar untuk anda lihat hasil kemasan yang bertompok atau bercapuk dengan penggunaan Cushion Foundation.
Kebersihan Cushion Foundation
Kebanyakan orang mungkin ada sedikit doubt akan penjagaan kebersihan kala menggunakan span yang disediakan berulang kali. Tapi kebanyakan span yang disertakan bersama Cushion Foundation ini disertakan dengan bahan anti-bakteria dan Anti-Microbial yang mana ia mengurangkan risiko penyebaran bakteria. Aplikator biru pada bahagian span diperbuat daripada teknologi Rubycell yang mengandungi bahan anti-bakteria dan Anti-microbial tadi.
Cara Penggunaan Yang mudah
Pernah beberapa kali saya persoalkan bolehkah saya menggunakan berus bedak asas atau jari daripada menggunakan span yang disediakan? Jawapannya ternyata tidak! Kata Pengarah Kreatif Solekan Moonshot, Jenny Park aplikator span yang disediakan mengambil jumlah yang sedang elok pada setiap sapuan untuk menjadikan kemasannya seakan airbrush. Ia tidak akan memberi efek yang sama apabila dicelup dengan berus.
1. Sulwhasoo Perfecting Cushion Brightening RM210
2. Innisfree My Cushion Long Wear Cover Cushion (refill RM52, Kompak RM33, Aplikator dari RM9)
3. Lancome New Blanc Expert UV Expert Cushion
4. Diorskin Forever Perfect Cushion
5. Laneige BB Cushion Whitening RM159