Dengan kekecohan diskriminasi muslim di Amerika Syarikat selepas Trump mengambil alih jawatan Presiden, membuat muslim di serata dunia menjadi sangsi dengan keselamatan diri apabila berada di sana termasuklah saya apabila ditugaskan untuk ke New York kali ini.
Menginjak kembali pengalaman saya ke New York sebelum ini, sememangnya tiada masalah. Namun baru-baru ini kunjungan saya ke kota impian ini ternyata berbeza.