Melihat penampilan dan wajah majoriti pelakon Korea, ramai menyangka kebanyakkan daripada mereka masih lagi muda dan berumur di bawah lingkungan 40 tahun.
Walau bagaimanapun, tanggapan tersebut adalah salah kerana ramai hero dan heroin di Korea sebenarnya mempunyai wajah dan susuk tubuh lebih muda dari usia sebenar mereka.
Malah, ada juga diantara mereka masih lagi belum berumahtangga walaupun sudah pun meniti usia lebih 40 tahun. Oleh kerana itu, tidak hairanlah bagi kebanyakkan pelakon berkahwin dengan pasangan yang jauh beza umurnya.
Di Korea, Sindrom Awet muda ini lebih banyak kelihatan pada pelakon lelaki berbanding pelakon wanita. Ia berikutan pelakon lelaki lebih mengamalkan kecantikan semula jadi berbanding pelakon wanita yang gemar menggambil pembedahan plastik untuk nampak muda dan cantik.
Berikut adalah senarai pelakon lelaki Korea popular yang masih lagi bujang tetapi sudah pun berusia lebih 4o tahun.