Siapa yang tidak kenal dengan vokalis dari kumpulan SPICA iaitu Kim Bo Hyung. Kali ini, Bo Hyung terbang ke Kuala Lumpur dan EH! berkesempatan untuk menemu bualnya secara eksklusif.
Berkongsi serba sedikit tentang dirinya dan Korea, Bo Hyung nyata terlihat santai dan cukup merendah diri. Menerusi temu bual EH! bersamanya, Bo Hyung turut mengaku yang mana dia tidak dapat bayangkan jika dirinya tidak menjadi seorang penyanyi kerana baginya, muzik adalah darah dagingnya. Tetapi jika dia perlu memilih dari segi pekerjaan, dia merasakan yang dirinya sesuai untuk menjadi seorang pereka fesyen.
Selain itu, Bo Hyung turut berkongsi lokasi kesukaannya untuk membeli-belah di negara kelahirannya itu iaitu di Garosugil, Myeongdong dan Apgujeong. Katanya kini disitu menjadi destinasi pilihan anak muda untuk berjalan bersama teman-teman.
Biarpun kelihatan berjiwa feminin, Bo Hyung ternyata kental dan berani kerana dia teringin untuk menyertai program tv di Korea yang berjudul The Law Of Jungle. Tidak hairanlah dia memilih untuk terbang ke Africa jika diberi kesempatan.
Tonton video penuh sesi temu bual EH! bersama Kim Bo Hyung di bawah.