Kecoh di media sosial sebelum ini berikutan kes Datuk Aliff Syukri memarahi pembantu rumahnya secara Live di Facebook, kini jutawan ini menawarkan RM5,000 bagi sesiapa yang berjaya menangkap pembantu rumahnya yang melarikan diri bersama barang-barangnya yang bernilai.
Disebabkan tidak sampai hati untuk melaporkan insiden itu kepada pihak polis, Datuk Aliff tidak berbuat demikian sebaliknya memberikan pembantu rumahnya peluang kedua.
Namun, perkara sebaliknya pula yang berlaku apabila ketiga-tiga pembantu rumahnya bersama seorang lelaki yang mana suami kepada salah seorang dari mereka bertindak dengan melarikan diri bersama wang, jam dan cincinnya yang bernilai RM100k.
Terkini, seorang pembantu rumahnya sudah dibawa ke balai polis, manakala seorang lagi sudah pun ditemui ketika berlegar di hadapan kediaman jutawan itu. Seorang lagi pembantu rumahnya bersama seorang lelaki masih lagi dicari pada masa ini.
Datuk Aliff turut sempat membuat video Live tentang perkembangan terbaru akan kes pembantu rumahnya itu menerusi laman Facebook miliknya.
“Saya tekad melaporkan perkara ini pada polis walapun saya tidak sampai hati. Saya menyeru polis menangkap dan membenteras mereka yang sedang berlegar-legar di sini supaya tidak ada lagi orang yang terkena nasib seperti saya. Telefon saya yang lama juga hilang,” tulisnya di akaun Facebook.
Sanggup menghadiahkan RM5,000 kepada sesiapa yang berjaya membantu dalam menangkap pembantu rumah tersebut, Datuk Aliff sendiri mengumumkan perkara itu menerusi laman sosial miliknya.
https://www.instagram.com/p/BVebrtcHziA/?taken-by=aliffsyukriterlajaklaris&hl=en
Sebelum ini Datuk Aliff dikecam teruk oleh netizen gara-gara dikatakan mengaibkan orang gajinya itu dengan memuat naik video ketika memarahi mereka kerana ditangkap mencuri.