Bintang ternama yang terkenal dengan watak Iron Man, Robert Downey Jr seakan memberi gambaran yang mana dia bakal melepaskan watak tersebut tidak lama lagi.
Aktor yang berusia 52 tahun, memegang watak Tony Starks menerusi beberapa buah filem Marvel sejak tahun 2008 itu membuat satu kenyataan yang mana seakan memberi mesej mengenai waktunya menyarung sut besi merah tersebut bakal tiba ke penghujungnya.
“Ia adalah satu kitaran. Saya boleh katakan yang mana ketika Avengers pertama ditayangkan : ‘tidak akan ada yang lagi baik dari itu. Semua orang akan berhenti.’Tetapi bagi saya, segalanya mengenai orang ramai dan peluang, seperti pengarah Avengers iaitu Anthony dan Joe, saya memuja Russos,” ujar Downer kepada media Australia.
“Semua orang menyatakan kepada saya yang mana ia seperti sarung tangan yang sempurna muat pada tangan. Saya perlu mulakan semula setiap kali tetapi saya kembali ke dasar dengan pengalaman yang cukup mantap. Saya hanya tidak mahu melepaskannya setelah enam atau tujuh filem Marvel Cinematic Universe dan saya sudah pun lakukan yang terbaik dan kerana itu saya memutuskan untuk melakukannya sekali lagi. Saya hanya mahu menggantung jersi saya sebelum ia mula memalukan saya. “
Downey Jr telah muncul dalam filem solo Iron Man serta beberapa filem “Avengers”, “Captain America: Civil War” dan “Spider-Man: Homecoming. Dia akan kembali untuk “Infinity War”pada tahun hadapan dengan Spider-Man (Tom Holland), Kapten Marvel (Brie Larson), Black Widow (Scarlett Johansson), Star-Lord (Chris Pratt), Gamora (Zoe Saldana) (Chris Evans) dan Dr. Strange (Benedict Cumberbatch).
Filem sambungan Avengers keluaran Marvel berjudul Inifinity War dijadualkan bakal ditayangkan pada 3 Mei tahun hadapan.