Baru-baru ini ketika konsert siri jelajah solonya, Taeyang memberi kenyataan seakan bayangan yang mana dia bakal mengakhiri karier nyanyiannya.
Taeyang membuat pengakuan itu bersaksikan peminat-peminatnya yang hadir menyaksikan persembahannya, White Night di Jepun pada 8 dan 9 Julai yang lalu.
Akuinya album terbarunya nanti berkemungkinan adalah album terakhir darinya buat peminat. Ia merupakan hadiah terakhir darinya sebelum dia memasuki latihan khidmat ketenteraan pada tahun hadapan.
“Saya minta maaf kerana tidak dapat menunaikan janji untuk menerbitkan lagu baru dalam masa terdekat seperti yang dijanjikan sebelum ini. Saya akan menjalani latihan khidmat ketenteraan pada tahun hadapan dan mahu memfokuskan pada pembikinan album ini. Disebabkan perkara itu juga, saya akan pastikan album terakhir ini akan menjadi album paling sempurna,” katanya kepada media Korea.