Sepertinya Lara Alana pada bila-bila masa sahaja boleh bergelar kakak selepas ini. Pasangan popular tanah air, Scha Alyahya dan Awal Ashaari sudah bersedia untuk menambah lagi zuriat.
Tahun ini genap enam tahun perkahwinan Scha dan juga Awal. Masing-masing tidak menolak jika dikurniakan dengan zuriat lagi pada masa terdekat ini.Bahkan, Scha berdoa supaya ia dilancarkan.
Menurut laporan BH Online, sebelum ini Scha dan Awal mahu memberika ruang kepada Lara untuk membesar terlebih dahulu sebelum mempunyai adik. Tetapi kini, ternyata yang mereka sudah pun bersedia dengan sepenuhnya.
“Setelah enam tahun mendirikan rumah tangga, saya berdoa supaya diberikan segera rezeki untuk menambah anak. Sebelum ini, kami merancang kerana mahu memberi ruang kepada Lara untuk matang sedikit sebelum dikurniakan adik,” jelasnya.
Tambahnya lagi, “Pada awal perkahwinan dulu, kami menanti lebih setahun sebelum dikurniakan Lara. Saya sedar, usia semakin bertambah, jadi saya berharap perancangan ini akan dipermudahkan oleh-Nya.”
Scha dan Awal berkahwin pada 4 Mei 2012 dan kemudian dikurniakan dengan seorang anak iaitu Lara Alana pada 22 Julai 2014.