Dalam arus dunia kecantikan yang pantas berubah, Sofea Shra kekal sebagai antara nama yang menjadi rujukan, dengan sentuhan gaya yang effortless dan dekat dengan generasi kini.
Namun, di sebalik pengaruhnya, muncul barisan wajah baharu yang membawa nafas segar, yang lebih berani, lebih eksperimen dan penuh identiti tersendiri. Daripada solekan minimal yang bersih hingga ke look yang lebih bold dan ekspresif, mereka ini bukan sekadar mencipta trend, malah membentuk definisi baharu dunia beauty digital.
EH! himpunkan tujuh beauty influencer pelapis yang sedang mencuri perhatian dan wajar anda kenali sekarang.
Dahlia Rizal
Terkenal dengan kecantikannya yang luar biasa, Dahlia Rizal sering menjadi perhatian di media sosial. Wajahnya yang memikat mudah mencuri tumpuan setiap kali muncul di feed, menjadikan dirinya antara figura yang sentiasa “stand out” dalam kalangan Gen Z beauty girlies.
Namun di sebalik visual yang menawan, Dahlia turut disenangi kerana personalitinya yang easy-going dan kelakar. Sifatnya yang bersahaja dan spontan membuatkan dirinya kekal dekat dengan audiens, membuktikan bahawa daya tarikan sebenar bukan hanya pada rupa, tetapi juga pada karakter yang autentik dan menyenangkan.
Iman Troye
Iman Troye tidak lagi merupakan nama asing dalam kalangan Gen Z, bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi juga sebagai figura yang sering menjadi perhatian dalam dunia kecantikan dan gaya hidup. Dengan personaliti yang ceria dan youthful, Iman membawa aura yang ringan dan mudah didekati, menjadikan setiap penampilannya sentiasa mencuri perhatian di media sosial.
Dalam dunia beauty, Iman sering tampil dengan solekan yang fresh, lembut dan sesuai dengan usia remajanya, menjadikannya inspirasi kepada ramai pengikut yang menggemari gaya natural tetapi tetap kemas. Kehadirannya sebagai influencer pelapis membuktikan bahawa pengaruh dalam dunia digital hari ini tidak hanya bergantung pada satu bidang, tetapi gabungan personaliti, gaya dan keaslian diri.
Borneyyogi
Sarah Hazley, atau lebih dikenali sebagai borneyyogi, dikenali dengan kandungan yang berfokus kepada gaya hidup, fesyen dan kecantikan, menjadikan setiap perkongsiannya tampak estetik serta relatable kepada audiens Gen Z.
Borneyyogi sering menghasilkan content berkaitan tutorial gaya tudung dan styling yang simple tetapi unik, termasuk signature lipatan tudungnya yang senget ke satu sisi. Pendekatan visual yang konsisten ini bukan sahaja membina identiti tersendiri, malah mengukuhkan lagi posisinya sebagai antara influencer pelapis yang semakin relevan dalam industri lifestyle dan beauty tempatan.
Cilibling
Cili semakin mencuri perhatian di media sosial dengan identiti yang lembut dan menyenangkan. Dikenali dengan freckles semula jadi yang menjadi signature, penampilannya sering tampak manis dan effortless, sekaligus memberi daya tarikan tersendiri dalam dunia beauty.
Tutur katanya yang soft dan personaliti yang demure menjadikan dirinya mudah disenangi ramai. Content solekan yang dikongsi pula lebih kepada gaya yang comel, ringkas dan flawless, sesuai untuk inspirasi harian. Cili juga kerap berkongsi content berbentuk motivasi, menjadikan platformnya bukan sahaja ruang kecantikan, tetapi juga sumber positif untuk pengikutnya.
Liya Maisarah
Liya Maisarah antara figura muda yang semakin kukuh membina pengaruhnya sendiri di media sosial. Dengan sokongan peminatnya yang setia, setiap content yang dikongsi sering mendapat perhatian, terutamanya dalam kalangan Gen Z yang menyukai gaya yang elegan dan tampak mewah.
Sering menghasilkan content solekan yang fresh dan mudah diikuti, Liya membuktikan sisi versatilnya apabila mengembangkan jenama fesyen miliknya sendiri, LAEA, pada usia yang masih muda.
Tengku Malia
Sering dikenali sebagai “Malia Baby”, figura ini semakin mencuri perhatian bukan sahaja di media sosial, malah dalam industri lakonan tempatan. Dengan aura yang tersendiri dan kehadiran yang memikat, Malia berjaya membina nama sebagai antara wajah baharu yang sedang meningkat naik.
Selain kerjaya lakonannya, Malia turut menonjol dalam dunia kecantikan dengan gaya yang lebih bold dan berkarakter. Penampilannya yang confident serta pilihan solekan yang berani menjadikan dirinya standout, membuktikan bahawa Malia bukan sekadar pelakon, tetapi juga antara influencer pelapis yang semakin relevan dalam scene beauty masa kini.
Yana Hassan
Yana Hassan semakin mendapat perhatian dengan gaya yang sederhana tetapi tetap menawan. Dengan penampilan yang kemas, Yana membawa pendekatan kecantikan yang minimal dan effortless.
Sering berkongsi tutorial solekan, ulasan produk serta rutin harian, content yang dihasilkannya mudah difahami dan relatable. Sikapnya yang mesra, aktif berinteraksi dengan pengikut serta berkongsi momen peribadi menjadikan dirinya semakin disenangi ramai.
